the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia nyata minat jadi tuan rumah Seatrade Cruise Asia 2026 – MOT

PUTRAJAYA: Malaysia menyatakan minat untuk menjadi tuan rumah Seatrade Cruise Asia 2026 bagi menzahirkan keazaman dalam mempromosikan industri pelayaran sebagai pemangkin ekonomi yang berpotensi untuk negara, menurut Kementerian Pengangkutan (MOT).

Menteri Pengangkutan Anthony Loke yang merupakan Menteri Pengangkutan Malaysia pertama menghadiri persidangan tahunan Seatrade Cruise Global 2024 di Miami, Florida, memaklumkan hasrat berkenaan selepas menghadiri persidangan empat hari itu bermula 8 April lepas.

“Menteri Pengangkutan (Loke) telah menyampaikan kesungguhan Malaysia untuk menjadi destinasi pelayaran utama melalui delegasi ke Seatrade Cruise Global 2024,” menurut MOT dalam satu kenyataan hari ini.

Seatrade Cruise Global merupakan persidangan tahunan yang mengumpulkan pakar industri daripada 80 syarikat pelayaran dari 120 negara.

Menurut MOT, Loke turut mempelawa pengendali kapal pelayaran yang menghadiri persidangan itu untuk memanfaatkan infrastruktur pelabuhan pelayaran di Malaysia antaranya Langkawi Cruise Terminal, Swettenham Pier Cruise Terminal di Pulau Pinang, Port Klang Cruise Terminal, Melaka International Cruise Terminal serta beberapa pelabuhan di Sabah dan Sarawak di sepanjang pesisiran Laut China Selatan.

Kementerian itu memaklumkan industri pelayaran dapat membantu pembangunan rantaian bekalan hijau di Malaysia, termasuk shore power dan green bunkering atau penyediaan bahan api lestari selaras dengan sasaran pelepasan sifar bersih di bawah Strategi Pertubuhan Maritim Antarabangsa mengenai Pengurangan Pelepasan Gas Rumah Hijau dari Kapal.

MOT turut memaklumkan kementerian itu bekerjasama rapat dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi homeport yang terpilih di rantau Asia-Pasifik.

Menurut MOT, kerjasama itu diwujudkan mengambil contoh permintaan untuk pelancongan pelayaran yang tumbuh dengan pesat di China dan sedang berkembang di India.

“Kepelbagaian budaya Malaysia dan rantau ASEAN sememangnya boleh menawarkan pengalaman bercuti yang menarik kepada pelancong China dan India,” menurut MOT.

Kementerian itu optimis bahawa kepesatan pelancongan pelayaran dapat memberi kesan kepada limpahan ekonomi bagi peruncitan, makanan, minuman serta perhotelan di negara ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings