the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia-Turkiye mahu pertingkat surat hasrat, perkukuh kerjasama bidang tenaga – Fadillah

ISTANBUL: Malaysia dan Turkiye mahu mempertingkatkan pertukaran Surat Hasrat berkaitan kerjasama sektor tenaga, khususnya tenaga boleh baharu dan nuklear bagi tujuan bekalan tenaga, kepada Memorandum Persefahaman, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata justeru, usaha itu akan mengorak laluan untuk pembentukan kerjasama antara pegawai peringkat tertinggi serta pembuat dasar Malaysia dan Turkiye.

Fadillah berkata hasrat Kuala Lumpur dan Ankara itu antara perkara yang dibincangkan semasa pertemuan dengan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Turkiye Alparslan Bayraktar di Ankara pada Selasa.

“Insya-Allah, kita secara bersama sedang meningkatkan supaya daripada Surat Hasrat ini, ia menjadi satu Memorandum Persefahaman,“ katanya kepada Bernama di sini, lewat malam tadi.

Antara yang hadir pada pertemuan dengan Bayraktar ialah Duta Besar Malaysia ke Turkiye Sazali Mustafa Kamal, Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) Mareena Mahpudz dan Ketua Pegawai Tenaga Baharu TNB, Mohd Zarihi Mohd Hashim.

Pertukaran Surat Hasrat antara kerajaan Malaysia dan Turkiye itu dilakukan semasa lawatan rasmi Presiden Recep Tayyip Erdogan ke Malaysia pada 10 dan 11 Februari lepas.

“Perkara ketiga adalah daripada segi peraturan, amalan perdagangan tenaga yang dilaksanakan sekarang di Eropah, cara mereka mengendalikan perdagangan tenaga ataupun penjanaan tenaga.

“Keempat adalah perspektif kawal selia untuk pengurusan eksport dan import tenaga, kepakaran termasuk sistem grid, pengagihan dan sebagainya,” katanya.

Fadillah kini berada di Turki untuk lawatan kerja dua hari sejak semalam, sebelum mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak mengenai Masa Depan Keterjaminan Tenaga pada 24 hingga 25 April di London anjuran Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) dan kerajaan United Kingdom (UK).

Menurut PETRA kehadiran Timbalan Perdana Menteri merupakan satu pengiktirafan terhadap komitmen, peranan dan pencapaian Malaysia dalam menghadapi pelbagai isu berkaitan tenaga khusunya keterjaminan bekalan dan peralihan tenaga.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings