the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 23, 2025
30.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Mangsa banjir di Pahang berkurangan kepada 194 orang

Jumlah mangsa banjir di Pahang turun kepada 194 orang di lima pusat pemindahan, walaupun paras air Sungai Pahang di Paloh Hinai masih melepasi aras bahaya.

KUANTAN: Jumlah mangsa banjir di Pahang menunjukkan pengurangan kepada 194 orang daripada 58 keluarga yang masih berada di lima pusat pemindahan sementara pagi ini.

Ini berbanding 218 orang daripada 66 keluarga yang dilaporkan petang semalam.

Menurut aplikasi Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebanyak 129 orang daripada 35 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Semangat, Kuantan.

Di Maran, seramai 35 orang daripada enam keluarga berada di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.

Tiga PPS lain beroperasi di Pekan iaitu Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Sekolah Kebangsaan Pulau Manis dan Dewan Orang Ramai Air Hitam.

Ketiga-tiga pusat itu menempatkan 30 mangsa daripada 17 keluarga.

Laman web infobanjir memaklumkan paras air Sungai Pahang di Paloh Hinai, Pekan telah melepasi aras bahaya.

Namun, paras air tersebut menunjukkan trend penurunan setakat jam 8 pagi ini.

Hujan lebat berterusan minggu lepas mengakibatkan beberapa daerah di Pahang dilanda banjir.

Mangsa yang dipindahkan ke PPS direkodkan melebihi 13,000 orang pada kemuncak kejadian. 

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories