the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 11, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pokok tumbang ganggu perkhidmatan ETS dan KTM Komuter di Sungkai-Slim River

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Pokok tumbang rosakkan talian atas laluan Sungkai-Slim River, jejas 12 perkhidmatan ETS dan KTM Komuter. Penumpang dipindah dengan bas.

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan KTM Komuter mengalami gangguan susulan kejadian pokok tumbang yang merosakkan alat talian atas antara laluan Sungkai-Slim River petang tadi.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan kejadian pada 4.20 petang itu menyebabkan 12 tiub cantilever patah.

Kejadian itu menjejaskan bekalan kuasa bagi operasi tren di jajaran berkenaan.

Insiden itu memberi kesan kepada 12 perkhidmatan ETS dan KTM Komuter melibatkan laluan Tanjung Malim-Pelabuhan Klang-Tanjung Malim.

Kerja pembersihan di lokasi kejadian berjaya diselesaikan pada 6.53 petang tadi.

Kerja baik pulih sistem elektrifikasi sedang giat dilaksanakan oleh pasukan teknikal KTMB dengan kerjasama pihak berkaitan.

Menurut KTMB, usaha itu bagi memastikan operasi tren dapat dipulihkan dengan selamat dan secepat mungkin.

Aturan terkini operasi adalah perkhidmatan ETS dari KL Sentral dan Segamat akan ditamatkan di Stesen Slim River.

Penumpang akan dipindahkan menggunakan perkhidmatan bas ke Stesen Sungkai bagi meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.

Perkhidmatan ETS dari Padang Besar dan Butterworth pula akan ditamatkan di Stesen Sungkai.

Penumpang akan dipindahkan menggunakan perkhidmatan bas ke Stesen Slim River untuk meneruskan perjalanan.

Sementara itu, perkhidmatan KTM Komuter laluan Tanjung Malim-Pelabuhan Klang-Tanjung Malim beroperasi seperti biasa namun dijangka mengalami kelewatan.

Penumpang ETS yang memilih untuk tidak meneruskan perjalanan akibat kelewatan melebihi dua jam layak memohon pemulangan tambang penuh.

Tawaran pemulangan tambang itu tertakluk kepada terma dan syarat sedia ada di kaunter tiket stesen berdekatan.

Makluman berkaitan kelewatan turut disampaikan kepada penumpang terlibat melalui khidmat pesanan ringks (SMS) sebagai langkah pemberitahuan awal.

Penumpang yang memerlukan bantuan lanjut boleh mendapatkan khidmat petugas stesen.

Mereka juga boleh menghubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-9779 1200.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Greenbriar Announces the Closing Stage for Sage Ranch

Scottsdale, Arizona - Newsfile Corp. - July 10, 2026 - Greenbriar Sustainable Living Inc. (TSXV: GRB) (OTC Pink: GEBRF) ("Greenbriar" or the "Company") is pleased to announce that the company has commenced the following pre-closing activities:

Green SM Wins Double Honors at the HR Asia Awards 2026

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 10 July 2026 - Green SM has been recognized with two prestigious accolades at the HR Asia Awards 2026: "Best Companies to Work for in Asia – Vietnam" and the Technology Empowerment Awards.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings