the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
30.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Manifesto PH Sabah tangguh, akan dilancar Ahad

KOTA KINABALU: Pelancaran manifesto Pakatan Harapan (PH) Sabah bagi Pilihan Raya Negeri ke-17 telah ditangguhkan sehingga Ahad ini.

Timbalan Pengerusi DAP Sabah Datuk Chan Foong Hin berkata beliau dimaklumkan mengenai penangguhan itu oleh Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Sabah Datuk Mustapha Sakmud.

“Khamis tidak sempat… kerana ada isu penterjemahan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Semalam, Mustapha memaklumkan media bahawa PH akan melancar manifesto pada Khamis dengan fokus utama menubuhkan tabung khas bagi rakyat Sabah.

Chan yang juga calon DUN Tanjung Aru berkata manifesto PH adalah realistik dan tidak menjanjikan “bulan dan bintang”.

Beliau menegaskan dokumen itu hanya berkisar tentang memenuhi keperluan asas rakyat.

Chan turut menepis kritikan terhadap anggaran kos projek pembinaan kompleks sekolah baharu di Pulau Gaya.

Beliau menegaskan akses kepada pendidikan tidak seharusnya dinilai dengan harga.

“Saya ada atau tidak ada, projek itu tetap berjalan,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRN Sabah ke-17 pada 29 November.

Undi awal pula dijadualkan pada 25 November.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

US gives RM1 million for Tugu Negara restoration

US Embassy Chargé d'Affaires David H. Gamble Jr. said the contribution comes from the US government and the American people as a gift for Malaysia in celebration of its 70 years of independence next year.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings