the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mat Sabu: Pengeluaran beras putih tempatan diyakini pulih dalam sebulan

JOHOR BAHRU: Kementerian Pertanian Keterjaminan Makanan (KPKM) yakin pengeluaran beras putih tempatan di seluruh negara dapat dipulihkan dalam tempoh sebulan menerusi Program Khas Beras Putih Tempatan (BPT).

Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata menerusi program itu, kementerian telah mengambil beberapa langkah intervensi termasuk meminta pengilang meningkatkan 20 peratus bekalan beras putih tempatan di pasaran bagi penyelesaian jangka pendek.

Beliau berkata beberapa sesi libat urus dengan pemegang taruh dalam industri padi dan beras negara juga akan diadakan Khamis ini bagi membincangkan mengenai kaedah dan mekanisme untuk memulihkan pengeluaran beras.

“Menerusi sesi libat urus itu, KPKM akan menerangkan kaedah dan mekanisme berkaitan bekalan beras tempatan negara, meliputi penyelesaian bagi jangka masa sederhana dan panjang,” katanya ketika diminta mengulas mengenai strategi kementerian bagi memulihkan pengeluaran beras putih tempatan negara.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau bekalan beras putih tempatan di Giant Tampoi, di sini hari ini.

Mohamad berkata inisiatif yang dilaksanakan kementerian sebelum ini seperti Projek Smart Sawah Berskala Besar (Smart SBB) Mini Sekinchan, dijangka akan dapat membantu memulihkan pengeluaran beras tempatan.

Beliau berkata ini adalah kerana projek Smart SBB tersebut mampu mengeluarkan hasil yang memberangsangkan iaitu sebanyak 11 metrik tan padi beras bagi satu hektar sawah.

Setakat ini, katanya bekalan beras putih tempatan mencukupi dengan kawalan harga kekal RM2.60 sekilogram sejak 2008, sekali gus menjelaskan usaha kementerian memulihkan pengeluaran beras itu adalah berikutan permintaannya yang meningkat, susulan peningkatan harga beras import.

Ditanya mengenai 95 peratus orang tengah mengawal penghasilan padi negara pula, beliau berkata ia tidak benar dan hanya sekadar dakwaan sahaja.

Sementara itu, Mohamad mengulangi bahawa KPKM dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sentiasa bekerjasama untuk membanteras isu penukaran label kampit beras, yang sebelum ini dilapor dilakukan bagi memanipulasi harganya di pasaran.

“Perkara ini sedang ditangani. Pihak kawal selia padi beras negara bertindak dan sentiasa mengawasi. Insya-Allah, sekarang ia dalam kawalan dan tindakan penguatkuasaan yang diambil adalah mengikut akta sedia ada,“ katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

MASA Singapore 2026 Presents Indonesia’s Creative Movement Across Takashimaya Square and Gardens by the...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - MASA Singapore 2026, a multidisciplinary cultural movement celebrating Indonesia's contemporary creative movement, will take place from 2 July to 10 August 2026 across Takashimaya Square and Gardens by the Bay in Singapore.

The 6th Cross-Strait Sun Yat-sen Forum Successfully Held in Zhongshan, Guangdong

ZHONGSHAN, CHINA - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - As 2026 marks the 160th anniversary of the birth of Dr. Sun Yat-sen, the 6th Cross-Strait Sun Yat-sen Forum was held in Zhongshan, Guangdong Province—the hometown of the great pioneer—from June 27 to 29 under the theme "Carrying Forward Dr. Sun Yat-sen's Spirit of Endeavor and Working Together for the Great Rejuvenation of the Chinese Nation".

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings