the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 26, 2026
30.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mayat mangsa serangan buaya ditemui di Sungai Maong, Kuching

KUCHING: Mayat seorang lelaki tempatan dipercayai dibaham buaya ketika memancing di Jalan Matang, Sungai Maong malam tadi ditemukan kira-kira 300 meter dari lokasi kejadian tengah hari ini.

Ketua Polis Daerah Padawan Supt Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata mangsa Jacob Tuan, 32, ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada 12.30 tengah hari.

“Keadaan badan mangsa mengalami beberapa kesan kecederaan dipercayai akibat serangan buaya.

“Mangsa disahkan meninggal dunia dan mayatnya dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, media melaporkan mangsa sedang memancing bersama bapa mentua sebelum dibaham buaya yang menariknya ke dasar sungai dalam kejadian yang berlaku kira-kira 10 malam semalam.

Operasi SAR itu adalah kerjasama pelbagai agensi termasuk polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Perbadanan Perhutanan Sarawak.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings