the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MCMC sedia kemudahan digital kepada mangsa insiden kebakaran Putra Heights

PUTRAJAYA: Sebanyak 37 mahasiswa institusi pengajian tinggi yang kehilangan harta benda akibat insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights menerima kemudahan komputer riba daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi memudahkan urusan pembelajaran dan komunikasi.

Dalam kenyataan hari ini, MCMC memaklumkan pemberian kemudahan itu disampaikan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amiruddin Shari dalam majlis ringkas semasa lawatan beliau bersama wakil Kementerian Komunikasi dan MCMC ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) Masjid Putra Heights baru-baru ini.

Majlis penyerahan kemudahan itu turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi (Infrastruktur Telekomunikasi) Mano Verabathran.

Menurut MCMC, pihaknya akan turut menyediakan peranti telefon bimbit kepada ketua isi rumah yang terlibat serta komputer riba kepada sekolah yang terkesan di sekitar Putra Heights.

Pemberian kemudahan ini akan disampaikan secara berperingkat dalam tempoh terdekat.

Secara keseluruhan, MCMC akan mengagihkan 302 unit komputer riba merangkumi 37 unit kepada mahasiswa dan 265 unit kepada sekolah serta 620 unit telefon bimbit kepada setiap isi rumah yang terkesan.

MCMC berharap inisiatif ini dapat mengurangkan beban mangsa khususnya dalam urusan pembelajaran, perkhidmatan dalam talian serta perhubungan komunikasi yang penting terutamanya dalam situasi ini.

Insiden kebakaran saluran paip gas Petronas pada 8.10 pagi, 1 April lepas menyebabkan api marak setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.

Kejadian itu mengakibatkan 81 rumah musnah sepenuhnya dengan kerosakan struktur melebihi 40 peratus, 81 rumah separa musnah, 57 rumah terkesan tetapi tidak terbakar manakala 218 rumah tidak terjejas.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Powerwell proposes 116.1m bonus warrants to reward shareholders

The power distribution equipment manufacturer is rewarding shareholders with a five-year bonus warrant exercise that could also provide the group with additional working capital upon warrant conversion, without incurring borrowing costs.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings