the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 26, 2026
31.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mekanisme penyaluran insentif pembajakan, penuaian pesawah muktamad Isnin ini – KPKM

PUTRAJAYA: Mekanisme penyaluran insentif pembajakan dan penuaian kepada pesawah akan dimuktamadkan pada Isnin ini (16 Jun), menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

KPKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan perkara berkenaan akan dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara (FSCC).

“Adalah ditegaskan, semua tindakan yang diambil berasaskan libat urus bersama pihak industri, penyedia perkhidmatan dan pesawah.

“Maklumat lanjut berkenaan insentif ini akan dikongsikan dalam masa terdekat,” menurut kenyataan tersebut.

KPKM pada 11 Jun, tahun lepas mengumumkan kenaikan kadar insentif pembajakan dan memperkenalkan insentif penuaian yang menawarkan keseluruhan bantuan tunai berjumlah RM210 per hektar kepada pesawah untuk setiap musim.

Bantuan tersebut dijangka memberi manfaat kepada 130,000 pesawah di seluruh Semenanjung.

Namun begitu, Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Siputeh Mohd Ashraf Mustaqim semalam mendakwa pesawah masih belum menerima bayaran insentif tersebut, walaupun sudah setahun ia diumumkan.

KPKM mengambil maklum dakwaan berkenaan dan menegaskan Kerajaan MADANI sentiasa mengambil berat soal kebajikan dan kepentingan pesawah.

“Pelbagai langkah penambahbaikan telah dan sedang dirangka bagi memastikan segala insentif kepada pesawah disalurkan secara adil, tepat dan berkesan.

“Kerajaan MADANI tidak akan berkompromi dalam memastikan kelangsungan sektor padi dan kesejahteraan pesawah terus dipelihara,” menurut kenyataan KPKM.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings