the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 15, 2026
33.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Modi isytihar 2026 Tahun Kerjasama Maritim ASEAN-India

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Perdana Menteri India Narendra Modi umum 2026 sebagai Tahun Kerjasama Maritim ASEAN-India untuk perkukuh hubungan serantau.

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) — Perdana Menteri India Narendra Modi mengisytiharkan 2026 sebagai Tahun Kerjasama Maritim ASEAN-India bagi memperkukuh hubungan serantau serta menggalakkan keamanan dan keselamatan.

Berucap secara dalam talian pada Sidang Kemuncak ASEAN-India ke-22 hari ini, beliau berkata India dan ASEAN sedang bekerjasama rapat dalam bidang seperti keselamatan maritim, bantuan bencana dan ekonomi biru.

“Sama ada melibatkan pendigitalan inklusif atau keterjaminan makanan serta rantaian bekalan berdaya tahan dalam landskap global yang semakin rumit, India menzahirkan sokongan penuh terhadap keutamaan ini dan bertekad untuk terus maju bersama ke arah itu.

“India sentiasa berdiri teguh bersama rakan-rakan ASEAN pada setiap kali bencana berlaku. Kerjasama kita semakin berkembang meliputi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR), keselamatan maritim serta ekonomi biru. Sehubungan itu, kami (India) mengisytiharkan 2026 sebagai Tahun Kerjasama Maritim ASEAN-India,” katanya.

Beliau berkata India dan ASEAN juga sedang giat memperkukuh kerjasama dalam bidang seperti pendidikan, pelancongan, sains dan teknologi, kesihatan, tenaga hijau serta keselamatan siber.

Khamis lepas, Modi mengulangi komitmen beliau memperkukuh hubungan ASEAN-India, di samping menyatakan beliau menantikan penyertaannya dalam Sidang Kemuncak ASEAN-India secara maya serta memperdalam Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP). – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Arup partners YJK to launch AI Designer in Hong Kong to advance AI-enabled structural...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 15 July 2026 - Arup and YJK, a leading engineering software solutions company in Chinese Mainland, announced the launch of AI Designer in Hong Kong, an innovative digital platform that integrates artificial intelligence ('AI') with design optimisation, enhancing the efficiency, quality and productivity of engineering workflows.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings