the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pelajar Gaza duduk peperiksaan di tengah serangan Israel

GAZA: Kira-kira 1,500 pelajar Palestin di Semenanjung Gaza berjaya menduduki peperiksaan Tawjihi (peperiksaan akhir sekolah menengah) pada Sabtu melalui sesi elektronik khas, walaupun berdepan serangan berterusan Israel ke atas wilayah yang terkepung itu, menurut laporan Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Peperiksaan pusingan ketiga ini, dikenali sebagai sesi pelengkap, ditujukan kepada pelajar yang gagal atau terlepas sehingga dua mata pelajaran dalam tahun akademik 2023. Disebabkan keadaan sukar di Gaza, Kementerian Pendidikan Palestin melaksanakan peperiksaan ini secara jarak jauh menggunakan platform digital khas.

“Langkah luar biasa ini diambil memandangkan genosid dan kemusnahan yang terus dialami Gaza,” kata Menteri Pendidikan Amjad Barham dalam sidang media di Ramallah. Beliau menegaskan peperiksaan ini sepatutnya diadakan pada 12 Disember 2023 tetapi terpaksa ditangguh akibat serangan Israel.

Jurucakap kementerian, Sadeq Al-Khudour, menjelaskan peperiksaan dijalankan dalam dua sesi setiap hari, bermula 9 pagi hingga 11 pagi dan 2 petang hingga 4 petang, bergantung kepada bilangan mata pelajaran yang diduduki. Ujian rintis telah dilakukan pada Khamis bagi memastikan kesiapan teknikal.

Kementerian juga merancang peperiksaan akan datang untuk pelajar yang lahir pada 2006 dan 2007, dengan dua pusingan penuh peperiksaan Tawjihi dijangka dilaksanakan secara elektronik selepas fasa semasa selesai.

Dalam statistik yang menyedihkan, Al-Khudour menyatakan daripada 78,000 pelajar sekolah menengah di Gaza, seramai 4,000 telah terbunuh sejak serangan Israel bermula. Seramai 4,000 lagi menduduki peperiksaan di luar negara, manakala baki 70,000 pelajar dijangka menduduki peperiksaan akhir tahun ini atau tahun depan.

Pegawai dan pendidik menegaskan langkah ini membuktikan ketabahan dan keazaman belia Gaza untuk terus belajar meskipun berdepan kemusnahan dan kehilangan tempat tinggal. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings