the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 26, 2026
31.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pelebaran PLUS Johor Bahru–Simpang Renggam dijangka siap dalam tiga tahun

JOHOR BAHRU: Projek Pelebaran Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) Fasa 1 dan Fasa 2 dari Johor Bahru ke Simpang Renggam dijangka siap dalam tiga tahun, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau berkata kerajaan negeri juga telah mencadangkan kepada PLUS agar kerja pelebaran itu dilaksanakan sehingga ke Tangkak pada fasa seterusnya.

Onn Hafiz berkata dalam perjumpaan dengan Pengarah Urusan PLUS Malaysia Bhd Datuk Nik Airina Nik Jaafar, beberapa perkara telah dibincangkan terutamanya mengenai aliran trafik, penyelenggaraan dan pembangunan infrastruktur kemudahan untuk pengguna.

“Antara cadangan yang dibangkitkan adalah seperti mengaktifkan ‘smart lane’ atau lorong kecemasan di lebuh raya pada waktu puncak dan hujung minggu dan juga meningkatkan fasiliti di kawasan rehat dan rawat (R&R) di lebuh raya.

“Selain itu, turut dibincangkan berkaitan pemantauan jadual waktu bagi melakukan kerja naik taraf atau baik pulih jalan di lebuh raya serta mengawal masa pergerakan lori dan kontena,“ katanya.

Onn Hafiz turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada PLUS Malaysia yang telah membayar zakat berjumlah RM650,000.

Oktober lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Belanjawan 2024 mengumumkan projek pelebaran Lebuh Raya PLUS daripada empat kepada enam lorong, dilanjutkan dari Sedenak ke Simpang Renggam, melibatkan kos RM931 juta. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings