the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penipuan dalam talian meningkat antara Jan-Mac, rekod kerugian hampir RM600 juta

KUALA LUMPUR: Penipuan dalam talian melibatkan jenayah e-kewangan, love scam, e-dagang, telekomunikasi, pinjaman dan pelaburan tidak wujud meningkat antara 1.6 peratus hingga 19.8 peratus bagi tempoh suku pertama tahun ini, berbanding suku terakhir tahun lepas.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman Datuk Rohaimi Md Isa berkata bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini kerugian sebanyak RM573.7 juta melibatkan 12,110 kes telah direkodkan.

“Kes jenayah e-dagang mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu 19.8 peratus dengan 2,535 kes, diikuti jenayah telekomunikasi 17.1 peratus dengan 5,214 kes

“Peningkatan tertinggi kategori jenayah e-dagang ini dilihat mempunyai kait rapat dengan peningkatan aktiviti pembelian dalam talian oleh pengguna, khususnya sempena sambutan Aidilfitri,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata walaupun jumlah keseluruhan kes penipuan dalam talian mencatatkan peningkatan, kerugian melibatkan jenayah e-kewangan, love scam, jenayah e-dagang serta pinjaman tidak wujud menurun antara 1.8 peratus hingga 24.8 peratus.

“Bagaimanapun, dua modus operandi mencatatkan peningkatan jumlah kerugian iaitu jenayah penipuan telekomunikasi sebanyak RM159.2 juta atau 2.1 peratus dan pelaburan tidak wujud sebanyak RM357.7 juta atau 20.2 peratus,” katanya.

Rohaimi berkata kepesatan teknologi serta gaya hidup masa kini yang tertumpu pada penggunaan aplikasi dalam talian telah dimanfaatkan penjenayah dengan menjana identiti digital palsu, laman sesawang tiruan, perbualan automatik (chatbot) serta teknologi deepfake untuk memperdayakan mangsa.

“Kecerdasan buatan (AI) generatif juga membolehkan penciptaan kandungan yang kelihatan sahih dan menyakinkan sekali gus menyukarkan pengguna untuk membezakan antara komunikasi tulen dan yang bersifat penipuan,” katanya.

Beliau menyarankan orang ramai sentiasa berwaspada ketika menjalankan urusan secara dalam talian, dengan melakukan semakan latar belakang terhadap individu atau entiti terlibat serta mengelakkan daripada mendedahkan maklumat peribadi sewenang-wenangnya.

Pengguna juga katanya digalakkan untuk merujuk kepada sumber rasmi seperti portal SemakMule milik PDRM sebelum melakukan sebarang transaksi kewangan secara digital.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Honda LCR unveils striking black-and-gold GOD55 Sports livery for 2026 Italian MotoGP

Honda LCR and GOD55 Sports unveiled a special black-and-gold livery at the 2026 Italian MotoGP in Mugello, marking a milestone in their partnership. The striking design, ridden by returning rider Cal Crutchlow, highlighted the brand's growing presence in global motorsport and fan engagement.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings