the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penunggang motosikal diselamatkan selepas lebih sejam dibawa arus

ALOR GAJAH: Seorang penunggang motosikal yang hanyut dibawa arus deras berjaya diselamatkan anggota bomba selepas berpaut pada sebatang kayu lebih sejam dalam kejadian di Jalan Batu Alang Kampung Sungai Siput, Lubok China.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Penolong Penguasa Bomba Zulkhairani Ramli berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan dari orang awam kira-kira pukul 7.32 pagi tadi.

Beliau berkata lelaki berusia 34 tahun yang menunggang motosikal itu dikatakan telah dihanyutkan arus banjir semasa melalui jalan raya berkenaan yang telah dinaiki air.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Masjid Tanah ketika itu membuat rondaan kawasan banjir telah dihubungi Pusat Gerakan Operasi (PGO) mengenai kejadian itu, dan mereka terus bergegas ke lokasi,“ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zulkhairani berkata 10 anggota ditugaskan menyelamatkan lelaki itu yang dihanyutkan air sedalam 1.2 meter dan dia berjaya dibawa ke kawasan selamat kira-kira pukul 8.40 pagi tadi.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Powerwell proposes 116.1m bonus warrants to reward shareholders

The power distribution equipment manufacturer is rewarding shareholders with a five-year bonus warrant exercise that could also provide the group with additional working capital upon warrant conversion, without incurring borrowing costs.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings