the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
22.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penunggang motosikal maut kemalangan babitkan lori di Jempol

SEREMBAN: Seorang lelaki berusia 39 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya dipercayai merempuh bahagian belakang sebuah lori di Felda Serting Hilir 6, Jempol, semalam. Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 7 pagi tadi di Hospital Jempol.

Ketua Polis Daerah Jempol, Supt Norhisham Mustapar, berkata kejadian itu berlaku ketika lori jenis Ford Trader bergerak dari arah Serting Hilir 4 menuju ke jalan utama Serting Hilir – Tembangau. “Mangsa yang menunggang motosikal jenis Wmoto dari arah sama dikatakan melanggar bahagian belakang sebelah kanan lori tersebut,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Pemandu lori berusia 35 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings