the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penyasaran subsidi diesel: 10 syarikat umum naikkan harga dipanggil beri penjelasan – Armizan

PUTRAJAYA: Sepuluh syarikat yang membuat pengumuman menaikkan harga barang dan perkhidmatan pasca penyasaran subsidi diesel bermula 10 Jun lepas telah dipanggil untuk memberi penjelasan kewajaran tindakan itu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata siasatan awal mendapati permohonan fleet card oleh empat daripada syarikat berkenaan telah diluluskan, namun syarikat berkenaan tetap mengeluarkan notis bagi kenaikan barang dan perkhidmatan.

“Baki enam syarikat lagi mempunyai kenderaan yang tidak termasuk dalam senarai Skim Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0,“ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata setiap syarikat akan diminta memberikan perincian maklumat termasuk dokumen-dokumen berkaitan penawaran perkhidmatan atau penjualan barangan bagi tujuan penyediaan analisis pencatutan.

“Kegagalan untuk hadir boleh dikenakan penalti di bawah Seksyen 57 Akta 723 berkenaan,“ katanya.

Armizan berkata 10 syarikat terbabit telah diberikan notis bertulis yang dikeluarkan di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011, dan dua syarikat telahpun dipanggil semalam manakala selebihnya akan menyusul.

Beliau berkata syarikat-syarikat itu terdiri daripada sektor pengangkutan dan sektor bahan binaan masing-masing tiga syarikat, serta sektor makanan dan minuman dan sektor sewaan jentera masing-masing dua syarikat.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melancarkan OPS KESAN 2.0 pada 8 Jun lepas,

Armizan berkata KPDN memberikan amaran kepada semua pihak agar tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barang dan perkhidmatan dengan elemen pencatutan susulan penyasaran subsidi diesel yang dilaksanakan kerajaan.

Beliau berkata pihak yang didapati mengambil kesempatan dengan melakukan manipulasi harga akan dikenakan tindakan yang tegas di bawah Akta 723 dan boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 bagi perbadanan atau syarikat, manakala bagi individu boleh didenda hingga RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings