the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Perak mahu siasatan menyeluruh cari jawapan punca bunyi letupan, gegaran di Ipoh – Saarani

IPOH: Kerajaan Perak meminta jabatan dan agensi berkaitan menjalankan siasatan menyeluruh bagi mencari jawapan punca bunyi letupan dan gegaran di beberapa kawasan di sini, Rabu lepas.

Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata kejadian berkenaan termasuk yang berlaku Oktober tahun lepas telah menimbulkan kacau ganggu terhadap ketenteraman serta rutin harian penduduk.

“Jadi sudah sampai masanya jabatan serta agensi berkaitan menyediakan laporan dan kajian penuh punca berlakunya bunyi letupan itu,“ katanya pada sidang media selepas menutup Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2025 di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC) di sini hari ini.

Beliau berkata orang ramai bagaimanapun dinasihatkan agar tidak menyebarkan perkara yang tidak benar berhubung insiden berkenaan.

“Orang ramai juga tidak perlu resah atau bimbang kerana setakat ini keadaan terkawal, malah tiada insiden buruk dilaporkan,“ katanya.

Pada 18 Jun lepas, orang ramai mendakwa mendengar bunyi letupan dan gegaran sekitar Chemor dan Chepor, di sini pada 10.30 pagi, namun sehingga kini puncanya masih belum diketahui.

Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin dalam sidang media keesokannya memaklumkan polis akan mengadakan perbincangan dengan jabatan serta agensi berkaitan dalam masa terdekat bagi mengetahui punca bunyi letupan dan gegaran itu.

Pada 21 Okt tahun lepas, satu gegaran kuat turut dirasai di beberapa kawasan di sekitar bandar raya ini, antaranya di Tasek, Stadium Perak, Meru, Falim, Manjoi, Chemor dan Sungai Siput pada 11.06 pagi, disusuli bunyi dentuman kuat dengan siasatan tidak dapat mengesahkan punca kejadian.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The Third International Summit of Religious Leaders in Kuala Lumpur Calls for Youth Empowerment

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - The Third International Summit of Religious Leaders 2026 concluded in Kuala Lumpur with the participation of His Excellency Sheikh Dr. Mohammed bin Abdulkarim Al-Issa, Secretary-General of the Muslim World League and Chairman of the Organization of Muslim Scholars.

UnionPay showcases innovations with 15 ecosystem partners at 2026 China International Financial Exhibition

UnionPay joined 15 ecosystem partners at the 2026 China International Financial Exhibition to showcase advances in global payments, cross-border QR interoperability, artificial intelligence, digital finance, and consumer growth solutions, highlighting its expanding international network and open fintech innovation ecosystem.

Ex-justice minister gets 25 years for S. Korea martial law role

A court sentenced ex-justice minister Park Sung-jae to 25 years for his role in Yoon Suk Yeol's 2024 martial law declaration.

Focus Graphite announces SEDAR+ filing of the NI 43-101 technical report with the updated...

Focus Graphite has filed an updated NI 43-101 technical report for its Lac Tetepisca Project in Quebec, outlining one of the world's largest identified graphite deposits with 120.2 million tonnes of indicated resources and significant expansion potential to support future battery-material supply chains.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings