the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Perincian WCE Selatan akan dibentang ke Persekutuan April ini

Perincian projek WCE Selatan dimuktamadkan untuk dibentang ke peringkat Persekutuan pada April, bakal siap dalam tempoh 48 bulan.

JOHOR BAHRU: Perincian Projek Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) yang akan mengurangkan kesesakan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) sedang dimuktamadkan untuk dibentangkan ke peringkat Persekutuan pada April.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata perincian itu membolehkan pelaksanaan dari segi garis masa serta proses perolehan ditentukan.

Beliau berkata kajian kebolehlaksanaan juga telah siap pada Disember lepas menerusi libat urus antara Kementerian Kerja Raya (KKR) dan kerajaan negeri.

“Jika tiada aral melintang, pembinaan WCE Selatan ini akan siap dalam tempoh 48 bulan sebaik sahaja semua proses dimuktamadkan,” katanya.

Mohamad Fazli berkata kerajaan negeri turut mencadangkan 13 persimpangan bagi pembinaan projek melibatkan jajaran sepanjang 153.3 kilometer dalam merancakkan ekonomi setempat.

“Jika perlu disusun mengikut keutamaan, kami mencadangkan tujuh persimpangan dibina dahulu antaranya Sungai Terap (Muar), Parit Sulong (Batu Pahat) dan Pekan Nenas (Pontian),” katanya.

Beliau berkata lebuh raya itu yang melengkapkan rangkaian serta menghubungkan Banting, Selangor melalui Negeri Sembilan dan Melaka terus ke Lebuhraya Laluan Kedua, Gelang Patah bakal menjadi laluan alternatif yang lebih pantas dan efisien kepada pengguna jalan raya.

Ia sekali gus memperluas akses ke pantai barat Johor serta menyuraikan 27% trafik, iaitu kira-kira 35,000 kenderaan sehari yang masuk dan keluar menggunakan Lebuhraya PLUS, khususnya semasa musim perayaan dan cuti sekolah.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings