the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, January 19, 2026
27.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Persiapan undi awal PRK Kinabatangan dan Lamag berjalan lancar

Persiapan undi awal PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag untuk 196 anggota polis serta pasangan berjalan lancar di pusat pengundian tunggal

KINABATANGAN: Persiapan bagi proses pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag esok berjalan lancar.

Proses itu membabitkan 196 anggota polis serta pasangan mereka.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Dr Eddy Syaizul Rizam Abdullah berkata persiapan yang bermula pada 8 pagi tadi di Teratak Ibu Pejabat Polis Daerah Kinabatangan melibatkan 14 petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Persiapan untuk undi awal esok yang melibatkan 196 anggota polis serta pasangan setakat ini berjalan lancar, dan kita sasarkan 100% jumlah itu akan keluar mengundi,” katanya.

Teratak Ibu Pejabat Polis Daerah Kinabatangan merupakan satu-satunya pusat pengundian awal untuk PRK ini.

Proses pengundian awal akan berlangsung dari 8 pagi hingga 5 petang esok dengan satu saluran pengundian.

PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan pertandingan tiga penjuru.

Calonnya ialah Mohd Kurniawan Naim Moktar (Barisan Nasional), Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam Hamid (Bebas).

Pertandingan di DUN Lamag pula ialah satu lawan satu antara Mohd Ismail Ayob (BN) dan Mazliwati Abdul Malek (Warisan).

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada 5 Disember tahun lepas.

SPR telah menetapkan Sabtu ini sebagai hari pengundian utama.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories