the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pesara syarikat swasta rugi RM1.68 juta diperdaya pelaburan dalam talian

GEORGE TOWN: Pesara sebuah syarikat swasta di negeri ini kerugian RM1.68 juta selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan dalam talian, baru-baru ini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata kejadian bermula apabila wanita berusia 57 itu berhubung dengan seorang lelaki mendakwa berasal dari Hong Kong menerusi aplikasi WhatsApp dan mangsa telah menjadikan suspek sebagai adik angkatnya selepas tiga minggu berkenalan.

“Bermula dari situ, suspek mengajak mangsa menyertai satu pelaburan dalam talian dikenali sebagai FXCM yang menjanjikan pulangan keuntungan sebanyak 10 peratus dalam tempoh singkat.

“Mangsa yang berminat kemudian diminta memuat turun aplikasi FXCM melalui pautan diberikan lalu mendaftar sebagai ahli dan membuat pelaburan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pada 18 Mac lepas, mangsa telah membuat pelaburan awal sebanyak US$2,000 (RM8,716) dan menerima pulangan keuntungan sebanyak RM10,023 sebelum membuat 36 lagi transaksi ke dalam 20 akaun bank milik syarikat berbeza antara 14 Mac hingga 14 Jun lepas.

Hamzah berkata wanita itu bagaimanapun menyedari ditipu apabila gagal mengeluarkan jumlah keuntungan melalui aplikasi tersebut dan diminta membuat bayaran tambahan.

Mangsa tampil membuat laporan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT) semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

China’s digital hub Hangzhou hosts conference on AI, OPC

HANGZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 30 June 2026 - The inaugural AI+OPC Innovation and Development Conference was held from June 29 to 30 in Shangcheng District, Hangzhou, capital city of east China's Zhejiang Province.

OTP Bank Becomes First EU Financial Institution to Open a EUR 7 Billion EMTN...

BUDAPEST, HUNGARY and HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 30 June 2026 - OTP Bank Plc. ("OTP Bank" or "OTP"), the leading banking group in Central and Eastern Europe (CEE), today marked the establishment of its EUR 7 billion Euro Medium Term Note (EMTN) programme on the Stock Exchange of Hong Kong Limited (the "Hong Kong Stock Exchange" or "HKEX") with a commemorative gong ceremony at the Connect Hall, Hong Kong Stock Exchange. OTP is the first European Union financial institution to open an EMTN programme on the exchange.

Greenworks Deepens Its Localisation Strategy in Europe, Building a New Pillar for Global Growth

FLORENCE, ITALY - Media OutReach Newswire - 30 June 2026 - At the Greenworks European Dealer Conference, Greenworks announced the rollout of its 24V PowerAll power tool range across Europe, marking the completion of its rollout across the United States, Asia-Pacific and Europe. It marks a new phase in its strategy, with power tools becoming a core pillar alongside its established garden tool business.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings