the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis buru anggota sindiket menyamar guna nama syarikat pelaburan terkemuka

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan tujuh lagi individu anggota sindiket penipuan pelaburan yang menyamar menggunakan nama sebuah syarikat pelaburan terkemuka dunia untuk memperdaya mangsa, mengakibatkan kerugian hampir RM33 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata sindiket berkenaan menggunakan nama Pantheon Ventures, sebuah syarikat pelaburan sah berpangkalan di United Kingdom yang telah ditubuhkan sejak 1982.

“Sindiket ini beroperasi sepenuhnya secara dalam talian dan menggunakan nama syarikat pelaburan terkemuka tersebut untuk mengelirukan mangsa.

“Sejumlah 20 akaun bank melibatkan tujuh syarikat, 12 perniagaan dan satu akaun persendirian dikesan telah digunakan oleh sindiket penipuan ini,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata sebelum ini sebanyak 17 individu telah ditahan dipercayai terlibat dengan sindiket itu dan 66 kertas siasatan dibuka sejak Januari lepas.

Ramli berkata sindiket terbabit menggunakan media sosial seperti Facebook dan WhatsApp sebagai medium pengiklanan dan komunikasi dengan mangsa.

“Iklan promosi pelaburan dibuat melalui Facebook dengan menggunakan sistem algoritma Facebook bagi mencapai hasil yang optimum dan keuntungan yang ditawarkan adalah sekitar enam hingga 400 peratus sehari bergantung kepada pakej yang ditawarkan.

“Mangsa turut diyakinkan bahawa pelaburan mereka adalah terjamin dengan adanya bimbingan daripada ‘cikgu trader’ yang merupakan pakar dalam analisis pasaran modal,” katanya.

Beliau berkata bagi tujuan pelaburan, mangsa diarahkan untuk mendepositkan wang ke akaun tertentu atas nama syarikat, perniagaan atau individu dan memuat turun aplikasi APEX dan NEEQ melalui App Store dan Google Store, namun mangsa akhirnya tidak menerima sebarang keuntungan seperti dijanjikan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings