the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis lengkapkan kertas siasatan kes salah laku seksual guru wanita, pelajar

KUALA LUMPUR: Polis telah merakam keterangan seorang guru wanita bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kes mencabul seorang pelajar lelaki yang tular baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata rakaman percakapan guru berumur 37 tahun terbabit dilakukan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, Selangor, semalam.

“Hanya dirakam percakapan, suspek kes ini tidak ditangkap. Beberapa individu lain juga dirakam percakapan termasuk pengadu dan saksi yang melihat atau tahu hal yang berkaitan,” katanya ringkas ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp hari ini.

Beliau berkata pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut.

“Pihak polis menasihati orang awam untuk tidak menimbulkan spekulasi dan menyebarkan berita yang tidak benar berkenaan kejadian ini,” katanya.

Wan Kamarul Azran berkata mangsa juga telah dirujuk ke sebuah hospital kerajaan untuk pemeriksaan lanjut.

Menurutnya, polis menerima laporan pada 12 Dis lepas mendakwa suspek mencabul mangsa ketika mengulang kaji pelajaran bersama guru terbabit di perpustakaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings