the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 26, 2026
31.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis lepaskan tembakan, tahan tiga lelaki disyaki terlibat kes penculikan

KUALA LUMPUR: Polis terpaksa melepaskan tembakan sebelum menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam kes penculikan dalam satu serbuan di Jalan Cengkeh, Taman Cheras di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Aidil Bolhassan berkata dalam serbuan pada 2.30 petang itu, kesemua suspek berusia antara 24 hingga 30 tahun berada dalam sebuah kenderaan jenis Perodua Aruz bersama seorang lelaki yang dipercayai mangsa penculikan di Taman Nusa Bestari, Johor, awal pagi tadi.

“Ketika kenderaan pasukan polis berhenti dan mengarahkan suspek keluar dari kenderaan, suspek beberapa kali melanggar kenderaan dinaiki anggota polis dalam cubaan melarikan diri.

“Bagi menghentikan tindakan suspek yang mengancam keselamatan pasukan polis, beberapa das tembakan telah dilepaskan ke arah tayar kenderaan suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa yang berusia 26 tahun itu dipercayai telah diculik di hadapan sebuah premis hiburan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada 5.47 pagi tadi.

Motif penculikan masih dalam siasatan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings