the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 27, 2026
30.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis selesai ambil keterangan 11 individu berhubung perhimpunan tanpa permit

KUALA LUMPUR: Polis telah selesai mengambil keterangan 11 individu bagi membantu siasatan berhubung penganjuran satu perhimpunan tanpa permit di ibu negara Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata keterangan semua individu berkenaan direkodkan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini.

“Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 9 (5), Seksyen 4 (2) (b), Seksyen 4 (2) (e) (f) Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya kepada Bernama hari ini.

Difahamkan 11 individu itu merupakan adalah antara 25 orang yang dikenal pasti bagi membantu siasatan polis berhubung perhimpunan yang dikatakan tidak mematuhi AkataPerhimpunan Awam 2012 itu.

Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata polis telah mengenal pasti 25 individu dipercayai terlibat dalam perhimpunan jalanan itu bagi membantu siasatan pihak berkuasa.

Pada Sabtu, perhimpunan yang disertai kira-kira 800 peserta anjuran Pemuda Perikatan Nasional itu disahkan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid sebagai tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings