the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PRK Kemaman: BN yakin kredibiliti calon ditawarkan

KEMAMAN: Barisan Nasional (BN) yakin dengan kredibiliti calon ditawarkan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman sekali gus tidak tergugat dengan keputusan PAS meletakkan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai calonnya.

Ketua Penerangan UMNO Datuk Seri Azalina Othman Said berkata calon BN iaitu bekas Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor adalah yang terbaik kerana beliau orang Kemaman.

“Saya yakin dengan perwatakan, pengalaman dan kerjaya beliau, kita di BN menawarkan seorang yang akan memberi khidmat kepada BN dan pengundi di Kemaman.

“Bagi saya bila nak memilih Ahli Parlimen keutamaan kepada calon adalah orang yang boleh memberi perkhidmatan dan saya yakin calon kita tawarkan akan memberi fokus kepada pengundi Kemaman sebagai agenda utama perjuangannya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan bersama jentera Penerangan UMNO Terengganu di sini hari ini.

Dalam pada itu, Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang turut mencabar Samsuri meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar sekiranya beliau betul-betul ikhlas mahu mewakili dan berkhidmat untuk penduduk Kemaman sebagai Ahli Parlimen.

“Dalam sistem Westminster, memilih calon yang tidak memberi perkhidmatan sebab beliau (selalu) di luar kawasan, yang rugi adalah orang di kawasan itu.

“Kalau beliau yakin, saya nak cabar beliau hari ini letak jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu, fokus kepada Parlimen Kemaman, lawan satu dengan satu, baru adil,” katanya.

Semalam PAS mengumumkan Ahmad Samsuri sebagai calon parti itu bagi mempertahankan kerusi Parlimen Kemaman pada PRK yang dijadualkan bermula esok dengan penamaan calon dan 2 Dis ini bagi hari mengundi.

PRK berkenaan perlu diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 Sept lepas membatalkan kemenangan calon PAS Che Alias Hamid pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Powerwell proposes 116.1m bonus warrants to reward shareholders

The power distribution equipment manufacturer is rewarding shareholders with a five-year bonus warrant exercise that could also provide the group with additional working capital upon warrant conversion, without incurring borrowing costs.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings