the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
25.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PRN Johor: Ceramah besar-besaran di tempat awam tidak dibenarkan – KJ

SERDANG: Ceramah besar-besaran di tempat awam bagi tujuan berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor masih tidak dibenarkan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata aktiviti berkaitan kempen termasuk syarahan hanya dibenarkan diadakan di bilik gerakan atau pejabat parti di peringkat Pusat Daerah Mengundi (PDM) sahaja.

“Sehingga kini tiada sebarang perubahan. Ceramah besar-besaran di tempat awam adalah tidak dibenarkan,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Hari Pendengaran Sedunia 2022 di sini hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam mengumumkan pindaan prosedur operasi standard (SOP) PRN Johor melibatkan kebenaran penganjuran kempen secara fizikal di dalam atau pekarangan pejabat dan bilik gerakan parti.

Namun, jumlah kehadiran termasuk penganjur, penceramah dan peserta menghadiri kempen berkenaan haruslah tidak melebihi 100 orang atau 50 peratus kapasiti ruang dan tidak boleh diadakan di premis yang terbuka atau di tempat awam.

Ditanya sekiranya pekarangan pejabat atau bilik gerakan parti yang disewa di bangunan rumah kedai boleh dijadikan lokasi ceramah, Khairy berkata ia dibenarkan selagi tidak melebih kapasiti kahadiran yang ditetapkan SPR.

“Ada bilik gerakan, sewa rumah kedai tetapi mereka susun kerusi di hadapan bangunan untuk adakan ceramah. Ini dikira sebagai pekarangan asalkan tidak melebihi kapasiti,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings