the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Remaja cedera kereta terjunam dari tingkat satu Terminal One

SEREMBAN: Seorang remaja lelaki cedera pada bahagian kepala selepas kereta dipandunya terjunam dari tingkat satu Pusat Pengangkutan Terminal One di sini hari ini akibat tertekan pedal minyak.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohamad Hatta Che Din berkata kejadian kira-kira 11.45 pagi itu turut menjejaskan sebuah kereta yang diparkir di bahagian bawah.

“Kejadian berlaku apabila kereta jenis Honda City dipandu lelaki berusia 19 tahun sedang bergerak dari tempat parkir Terminal One untuk balik ke rumah di Seremban 2.

“Apabila tiba di lokasi kejadian di tingkat satu, pemandu telah tertekan pedal minyak dan hilang kawalan lalu terbabas melanggar pagar besi. Kereta itu seterusnya jatuh dan terkena bahagian hadapan kereta tanpa pemandu yang berada di bahagian bawah,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata remaja terbabit dibawa ke sebuah hospital swasta di sini untuk rawatan manakala kemalangan itu sedang disiasat lanjut mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

Mohamad Hatta meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian menghubungi pegawai penyiasat kes menerusi talian 014-6000 353 atau mana-mana balai polis bagi membantu siasatan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Ogilvy launches first-of-its-kind live Commerce Competition in Singapore to Champion the Future of Creator...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - Ogilvy, in partnership with TikTok Shop, today launched the Live-Fluence League, a first-of-its-kind live commerce competition in Singapore which brought together eight of leading social sellers to compete in real time, driving measurable sales for featured brands through a live, trackable leaderboard.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings