the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

RM187.87 juta untuk pembaikan jalan raya, cerun terjejas akibat banjir

DENGKIL: Kementerian Kerja Raya (KKR) menyediakan peruntukan segera berjumlah RM187.87 juta bagi kerja-kerja pembaikan kritikal di 303 lokasi jalan raya dan cerun yang terjejas akibat banjir, kata Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM133 juta diperuntukkan untuk pembaikan cerun di 181 lokasi dikenal pasti, manakala bakinya bagi membaik pulih jalan raya.

“Kerja-kerja pembaikan kritikal telah dimulakan. Kita mahu sekurang-kurangnya jalan terjejas boleh dibuka untuk satu lorong dan mestilah boleh dilalui.

“Itu sasaran peringkat awal hingga kita dapat peruntukan sepenuhnya dan bakinya boleh disiapkan,” katanya ketika ditemui media selepas meninjau pembukaan Jambatan Dengkil di FT31 (Jalan Banting-Semenyih) Seksyen 20.80 di sini hari ini.

Dalam pada itu, Fadillah berkata kira-kira 80 peratus atau 943 daripada 994 lokasi jalan raya terkesan banjir di seluruh negara telah dibersihkan, dan bakinya kini dalam tindakan Jabatan Kerja Raya negeri masing-masing.

“Kerja baik pulih akan terus digiatkan dalam usaha pemulihan infra pasca banjir KKR,” katanya.

Mengenai proses pembaikan Jambatan Dengkil, Fadillah berkata sebanyak RM800,000 diperuntukkan untuk membaiki jambatan yang ditutup sejak 17 Dis, ekoran hakisan dan runtuh akibat banjir.

Menurutnya, proses pembaikan jambatan itu berjaya disiapkan lebih awal oleh Roadcare (M) Sdn Bhd berbanding sasaran asal iaitu siap pada akhir bulan ini.

“Alhamdulilah, pembaikan jambatan telah dapat disiapkan awal dan ia kini dibuka untuk laluan orang ramai,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings