the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Siti Bainun dihantar ke Penjara Kajang, mahkamah tolak permohonan tangguh hukuman

KUALA LUMPUR: Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali terpaksa meringkuk di Penjara Kajang bermula hari ini untuk menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas Mahkamah Sesyen di sini menolak permohonannya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman.

Hakim Izralizam Sanusi berkata tiada keadaan khas dan luar biasa bagi membolehkan mahkamah membenarkan penggantungan pelaksanaan hukuman.

“Tertuduh disabitkan bersalah di mahkamah ini dan tiada sebab untuk saya menangguhkan hukuman penjara yang dijatuhkan terhadapnya. Faktor bahawa tertuduh menjaga ibunya adalah perkara peribadi tertuduh.

“Dalam kes ini, saya berpendapat keadilan dapat disampaikan sebaik-baiknya melalui pelaksanaan hukuman dengan serta-merta dan oleh itu, permohonan tertuduh ditolak dan mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara dengan serta-merta,“ katanya.

Terdahulu, beliau menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap Siti Bainun selepas mendapati dia bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down yang dikenali sebagai Bella.

Siti Bainun, 31, yang memakai blaus berwarna kuning cair dan berseluar hitam dilihat tenang semasa mahkamah membuat keputusan itu.

Dalam permohonan itu, peguam Mohammad Farhan Maaruf berhujah Siti Bainun tidak pernah disabitkan dengan mana-mana kesalahan jenayah dan kesalahan yang dipertuduh ke atasnya di mahkamah ini merupakan yang pertama.

“Dia tidak pernah melanggar sebarang syarat jaminan selain tiada risiko untuk melarikan diri memandangkan pasportnya telah diserahkan kepada mahkamah sejak kes bermula.

“Anak guam saya juga dikenakan ikat jamin yang tinggi iaitu sebanyak RM17,000 dan dia sentiasa menghadiri prosiding berkenaan.

“Sekiranya penggantungan pelaksanaan hukuman ini tidak dibenarkan maka rayuan anak guam saya ke Mahkamah Tinggi akan menjadi sia-sia dan status quo tertuduh tidak dapat dikekalkan sama sekali memandangkan tertuduh perlu menjalani hukuman terlebih dahulu,” katanya sambil menambah Siti Bainun mempunyai masalah kesihatan iaitu asma dan penyakit hempedu. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings