the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 26, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Skuad ragbi negara dapat insentif untuk rebut emas Sukan SEA 2025

Skuad ragbi Malaysia dijanjikan insentif kemenangan jika meraih emas di Sukan SEA Bangkok, dengan pasukan lelaki disasarkan juara

SUNGAI BULOH: Skuad ragbi negara mendapat suntikan semangat menjelang Sukan SEA 2025 apabila dijanjikan insentif kemenangan jika berjaya membawa pulang pingat emas.

Presiden Ragbi Malaysia (MR) Amir Amri berkata pengorbanan pemain sepanjang hampir dua tahun persiapan perlu dihargai.

Beliau enggan mendedahkan jumlah insentif yang bakal diterima pemain yang berjaya itu.

“Saya tak mahu umumkan lagi,” katanya pada majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada pasukan tujuh sebelah (7s) di sini.

Mengenai persiapan, beliau berkata sasaran pingat emas bagi pasukan lelaki dilihat realistik.

Keyakinan itu berdasarkan komitmen serta semangat pemain untuk merampas kembali pingat yang pernah dimenangi pada edisi 2017.

“Dengan semangat yang ada pada pemain untuk berjuang, saya cukup yakin bahawa kejutan akan berlaku di Bangkok nanti,” katanya.

Bagi pasukan wanita pula, Amir berkata skuad bimbingan Mohamad Faiz Samsukhidir itu mampu menjelmakan pingat gangsa.

Pasukan wanita dijangka berdepan cabaran sengit daripada pasukan tuan rumah, Thailand.

Beliau menyatakan pasukan Thailand sudah mencapai antara pasukan terbaik Asia.

Pasukan wanita Filipina dan Singapura juga sedang melakukan persiapan terbaik.

Ragbi 7s lelaki dan wanita dipertandingkan mengikut format liga sepusingan.

Pasukan lelaki membuka kempen menentang Singapura dan Filipina pada 13 Disember.

Mereka akan berdepan Laos pada hari berikutnya.

Pasukan wanita pula dijadualkan bertemu Singapura dan Filipina pada 13 Disember.

Skuad wanita akan berdepan Indonesia dan Thailand pada 14 Disember.

Sukan SEA Bangkok berlangsung pada 9 hingga 21 Disember ini. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings