the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
25.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Suami isteri selisih faham, polis rampas sepucuk pistol, 18 peluru

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki warga tempatan dan merampas sepucuk pistol jenis Steyr GB Austrian 9mm bersama 18 butir peluru di kediamannya di Sungai Buaya, Hulu Selangor, Selangor pada Khamis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus berkata tangkapan itu dibuat susulan polis menerima laporan pada hari sama, daripada isteri suspek mengatakan mereka telah berselisih faham dan memaklumkan bahawa suaminya memiliki sepucuk pistol.

“Pemeriksaan ke atas kediaman suspek berusia 47 tahun itu turut menemui satu kelopak peluru berwarna hitam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Asri berkata hasil ujian air kencing ke atas suspek didapati negatif dan suspek juga tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau.

“Suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 26 Julai ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings