the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, January 16, 2026
26.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Sultan Pahang hantar juadah istana untuk mangsa banjir di Kuantan

Sultan Pahang dan Tengku Ampuan Pahang beri sumbangan makanan dari dapur istana kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara

KUANTAN: Mangsa banjir di sini menerima hidangan istimewa hasil sumbangan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Sebanyak 340 bungkus pelbagai menu disediakan oleh cef di Istana Abdulaziz dan diagihkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Melati.

Menu tersebut termasuk nasi goreng cina telur mata, kuetiau goreng telur mata dan bihun goreng telur mata berserta minuman.

Kesultanan Pahang dalam hantaran Facebook menyatakan 19 Disember merupakan hari ketiga dapur istana beroperasi seawal 5.30 pagi.

“Keprihatinan baginda berdua tidak perlu disangkal kerana ia bagaikan DNA atau sifat semulajadi yang cakna, mesra rakyat dan sering turun padang,” menurut hantaran itu.

Tunku Azizah juga menitahkan cef di istana untuk memasak setiap hari dan menghantar makanan kepada mangsa banjir di PPS sekitar Kuantan.

Penghantaran hari ini diketuai Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya.

Ia dilaksanakan Pasukan Bantuan Bencana Majlis Kesultanan Pahang menggunakan Trak tiga tan GS Cargo HICOM Handalan II (4 Briged Mekanize).

Penggunaan trak itu berikutan keadaan laluan yang masih ditenggelami air.

Mohamed Zahari turut meninjau keadaan kebersihan, kelengkapan dan keselamatan di sekitar PPS seperti yang dititahkan Sultan Pahang.

Ketika ini, Sultan Pahang sekeluarga berada di Bangkok, Thailand untuk memberi sokongan kepada anakanda.

Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah mewakili Malaysia dalam sukan polo sempena Sukan SEA 2025. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Binastra secures RM1.2b Causewayz Square contract in Johor Bahru

The contracts for the 63-storey Causewayz Square development are expected to support earnings over the next three years and keep the group on track to meet its FY26 target.

Most Viewed

World champion tower runner leads Merdeka 118 spire climb for “National Take the Stairs Day”

In conjunction with National Take the Stairs Day on 14th January 2026, PNB Merdeka Ventures Sdn. Berhad (PNBMV) marked the occasion by welcoming World Champion Tower Runner, Soh Wai Ching, to lead a climb up the Menara Merdeka 118 spire.Menara Merdeka 118 rises to 678.9 meters in height, with the spire itself measuring 160 meters. The climb brought together 20 participants, including PNBMV Chief Executive Officer, Dato’ Ir. Ts. Izwan Ibrahim, heads of department and other key stakeholders within the Merdeka 118 precinct. Dato’ Izwan Ibrahim said, “At Merdeka 118, we are reminded that progress is built step by step. Today’s climb with Malaysia’s world champion, Soh Wai Ching, reflects the mindset we bring to everything we do.
spot_img

Popular Categories