the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 26, 2026
31.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Syed Hussien enggan tabur janji bulan dan bintang, ingin kekal semangat kekeluargaan

KLUANG: Enggan menabur janji bulan dan bintang, calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota Syed Hussien Syed Abdullah sebaliknya berazam ingin terus mengekalkan semangat kekeluargaan yang dinikmati penduduk di kawasan itu.

Penduduk DUN Mahkota sememangnya ibarat keluarga besar Syed Hussein, 40, kerana keluarganya dikenali ramai sehingga beliau sendiri tidak menyangka akan menerima sambutan amat baik daripada pelbagai lapisan masyarakat di setiap lokasi yang dikunjungi.

“Saya selesa bersama mereka. Kami akan kekalkan sifat kekeluargaan ini. Semua lapisan masyarakat di sini tanpa mengira bangsa dan agama mempunyai ruang untuk menceritakan permasalahan mereka kepada saya.

“Saya bukan asing kepada mereka kerana di sini juga antara tempat terawal yang saya lawati selepas menjadi Ahli Majlis Perbandaran Kluang,“ katanya selepas menghadiri sesi ramah mesra bersama komuniti India di Balai Raya Kampung Padang Tembak di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya Johor K. Raven Kumar berkata MIC akan mempergiat kempen turun padang untuk bertemu seramai mungkin pengundi India bagi meraih sokongan kepada Syed Hussien.

Berdasarkan statistik, lapan peratus daripada 66,318 pemilih berdaftar di DUN Mahkota terdiri daripada pengundi India dan Raven Kumar berkata penerimaan mereka terhadap Syed Hussien setakat ini adalah positif.

“Mereka sudah kenal Syed Hussien malah ada yang mengenali ayah dan datuk beliau. Keluarga beliau memang warga Kluang.

“Itu yang memudahkan penerimaan orang dan melancarkan perjalanan kempen bersama komuniti setempat,“ katanya.

PRK DUN Mahkota pada 28 Sept ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Syed Hussien dan calon Perikatan Nasional Mohamad Haizan Jaafar.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, semasa menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom di sini pada 2 Ogos lepas.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings