the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Terengganu bakal bina kolej al-Quran di Dungun

DUNGUN: Sebuah kolej al-Quran bernilai RM370 juta akan dibina di Terengganu dalam merintis jalan ke arah mewujudkan sebuah hub pendidikan Islam terunggul negara.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pembinaan Kolej Al-Quran Terengganu (KQT) di kawasan seluas 121 hektar di Durian Mentangau dekat sini, dijangka akan dimulakan tahun hadapan selepas semua urusan tender oleh pihak berkaitan selesai.

Beliau berkata kolej berkenaan dijangka mengambil masa dua tahun untuk disiapkan, dan mengikut perancangan, fasa pertama pengambilan akan melibatkan seramai 1,000 pelajar.

“Pembinaan kampus itu bertujuan mewujudkan kembali institusi pengajian tinggi (IPT) Islam milik kerajaan negeri sebagai ganti kepada Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) yang menjadi kebanggaan negeri suatu masa dahulu.

“Kita juga sedang dalam proses permohonan kepada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) untuk menaik taraf KQT kepada kolej universiti,“ katanya selepas Majlis Pecah Tanah Kampus Tetap KQT dan Bandar Baharu Lestari Durian Mentangau dekat sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Datuk Satipul Bahri Mamat.

Difahamkan kolej berkenaan dijangka dapat menampung sehingga 3,000 pelajar setelah ia siap sepenuhnya kelak. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings