the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
30.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tiga lelaki lari pemeriksaan polis diberkas

KUCHING: Polis berjaya memberkas tiga lelaki yang melarikan diri daripada pemeriksaan di Jalan Green di sini awal pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching Supt Merbin Lisa berkata kesemuanya berusia 39 hingga 43 tahun dan menaiki kereta jenis Mitsubishi Triton serta Perodua Bezza dikesan kira-kira 3.20 pagi oleh anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah.

“Anggota polis mengarahkan kedua-dua pemandu memberhentikan kenderaan, namun mereka enggan menyebabkan anggota polis mengejar Mitsubishi Triton itu hingga ke kawasan taman perumahan berhampiran.

“Apabila tiba di jalan itu (Jalan Green), pemandu kereta itu bertindak agresif dengan membuat pusingan U dan cuba merempuh tiga anggota polis yang berada di atas jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata bagi mempertahankan diri, anggota polis telah melepaskan sedas tembakan ke arah Mitsubishi Triton itu menyebabkan kenderaan terbabit terbabas, sekali gus berjaya menahan mereka.

Merbin berkata saringan air kencing mendapati kesemuanya positif dadah dengan dua daripadanya memiliki rekod berkaitan narkotik.

“Lelaki berusia 41 tahun mengalami kecederaan dan sedang dirawat di hospital. Polis turut merampas Mitsubishi Triton itu serta beberapa peralatan yang disyaki digunakan untuk kegiatan jenayah,“ katanya.

Beliau berkata kesemuanya kini direman hingga 3 April untuk siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Polis katanya sedang mengesan pemandu Perodua Bezza merah yang berjaya melarikan diri, justeru orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching menerusi talian 082-244444 atau Pegawai Penyiasat Kanan ASP Chris Olsen Ramlee 013-8607572.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Anwar urges swifter action to prepare Malaysians for AI-driven future

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim today said rapid technological advancements were reshaping industries and creating new opportunities, making it imperative for the country’s education and training ecosystem to adapt.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings