the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Zahid: Tanah seluas 4,839 hektar di Sabah, Sarawak dijadikan kawasan penanaman padi

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memajukan tanah seluas 4,839 hektar di Sabah dan Sarawak untuk dijadikan kawasan penanaman padi, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata ia melibatkan tanah seluas 2,159 hektar di Sabah iaitu di Beluran dan Kota Belud, manakala 2,680 hektar di Sarawak melibatkan kawasan Batang Lupar.

“Lima puluh ribu hektar dimaksudkan itu perancangan jangka panjang, tetapi setakat ini seluas 4,839 hektar telah disahkan untuk dibangunkan (penanaman padi) di Sabah dan Sarawak,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan-Semporna) mengenai lokasi dan peruntukan yang terlibat bagi projek penanaman padi di kawasan seluas 50,000 hektar di Sabah dan Sarawak.

Ahmad Zahid berkata perbincangan telah diadakan bersama Premier Sarawak dan Ketua Menteri Sabah berkenaan perkara itu yang antara lain bertujuan mempertingkatkan tahap sara diri (SSL) negara, sekali gus meningkatkan produktiviti padi dan beras negara. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings