the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

17,113 permohonan kewarganegaraan diterima di JPN P.Pinang dari 2021

GEORGE TOWN: Sebanyak 17,113 permohonan kewarganegaraan atas pelbagai perkara telah diterima oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Pulau Pinang bagi tempoh Januari 2021 hingga Oktober tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri Lim Siew Khim berkata sebanyak 188 permohonan telah diluluskan, 864 permohonan telah ditolak dan 16,061 permohonan lain sedang diproses.

“Daripada 188 permohonan yang diluluskan, difahamkan sebanyak 40 permohonan dari Indonesia, India (16), Filipina (lima) dan beberapa negara lain.

“Selain itu, syarat wajib kelayakan untuk warga asing memohon kewarganegaraan juga terbahagi kepada dua iaitu Kewarganegaraan Melalui Pendaftaran dan Kewarganegaraan Melalui Penaturalisasian,” katanya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Nor Zamri Latiff (PAS-Sungai Bakap) berkenaan bilangan permohonan kewarganegaraan dan bilangan permohonan yang telah diluluskan.

Sementara itu, beliau juga berkata bahawa sehingga Oktober 2023, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengeluarkan sebanyak 10,381 keputusan permohonan kewarganegaraan yang angka tersebut adalah melepasi petunjuk prestasi utama (KPI).

Tambahnya, syarat wajib kelayakan untuk warga asing memohon kewarganegaraan adalah terbahagi kepada dua iaitu Kewarganegaraan Melalui Pendaftaran dan Kewarganegaraan Melalui Penaturalisasian.

“Jika pemohon tidak mempunyai dokumen-dokumen berkaitan, agak sukar proses permohonan pengesahan untuk dilakukan.

“Justeru penglibatan, kerjasama dan komitmen pelbagai agensi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pejabat Konsulat Negara Asing serta agensi-agensi yang terlibat diperlukan dalam memudahkan proses permohonan kewarganegaraan,” katanya lagi. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings