the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

50 peserta “Heads Up Second Chance” ditawar peluang pekerjaan

MELAKA: Sebanyak 50 peserta Program Heads Up Second Chance 2023 terdiri daripada banduan berstatus Orang Diparol (ODP) dan Orang Bebas Berlesen (OBB) diberi peluang kedua menjalani kehidupan seperti biasa bersama masyarakat selain ditawarkan peluang pekerjaan oleh majikan.

Pengarah Penjara Melaka Datuk Roslan Mohamed berkata pengintegrasian semula ke dalam masyarakat itu amat penting bagi menyesuaikan mereka untuk berasimilasi dan usaha itu juga memperlihatkan masyarakat sanggup menerima mereka kembali sebagai warga berguna dan masih produktif untuk menyumbang kepada komuniti.

“Menerusi program hasil kerjasama Jabatan Penjara, Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas), SAORA Industries dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) itu, mereka diberi peluang yang amat berharga untuk menyumbang bakti dan tenaga kepada masyarakat selain diberi pelbagai kemudahan oleh majikan seperti gaji, asrama serta tempat tinggal.

“Selepas graduasi, mereka juga diberi sijil selain akan menjalani kehidupan seperti biasa dan diharapkan tidak terbelenggu dengan stigma lama seterusnya insaf terhadap apa jua kesilapan lepas,“ katanya kepada pemberita selepas Majlis Graduasi Program Heads Up Second Chance 2023 di Wisma Perkeso Ayer Keroh di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Hal Ehwal Pihak Berkepentingan Ekuinas Hizwani Hassan, Pengarah Perkeso Melaka Abd Razak Omar dan Pengarah Urusan SAORA Industries Farzena Balan.

Roslan berkata program itu juga merupakan satu usaha yang baik apabila hanya 0.4 peratus individu yang menjalani separuh hukuman di luar penjara, kembali mengulangi kesilapan lama berbanding mereka yang dibebaskan terus daripada penjara.

Sementara itu, Hizwani berkata program tahun kedua itu merupakan anjuran Iltizam iaitu cabang tanggungjawab sosial korporat (CSR) Ekuinas selepas melihat impak positif daripada program pertama tahun lepas.

Beliau berkata entiti berkenaan memutuskan untuk meneruskan tajaan program Heads Up Second Chance pada tahun ini yang berlangsung selama enam bulan bermula Jun hingga November.

Hizwani berkata menerusi program itu, ia membantu golongan sasar untuk membina jati diri, keyakinan dan kemahiran kritikal bagi menambah kebolehpasaran peserta dalam mendapat pekerjaan dan menyumbang secara efektif dalam dunia pekerjaan di samping melakar hala tuju baharu dalam hidup.

“Komuniti bekas banduan akan berdepan dengan cabaran besar dalam mendapat pekerjaan dan diterima semula dalam masyarakat. Kami ingin membantu agar komuniti bekas banduan tidak terpinggir dan dapat bersaing dari segi kemahiran, komunikasi serta keyakinan untuk merebut peluang yang ada demi membangunkan diri untuk hidup berdikari.

“Majlis penganugerahan sijil dan graduasi ini melambangkan komitmen dan usaha kolektif untuk membentuk semula kehidupan. Kami percaya dengan kuasa transformatif dalam setiap individu dan dengan azam dan iltizam, mereka akan bermotivasi dan didorong untuk kekal di jalan yang benar,” katanya.

Beliau berkata program itu juga diperluas kepada 45 banduan wanita di Penjara Wanita Kluang, Johor dan 40 juvana dari Sekolah Henry Gurney, Telok Mas di sini yang akan menyambut majlis graduasi tidak lama lagi. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Forest City SFZ Highlights Early JS-SEZ Traction as Investment Pipeline Expands

Forest City SFZ reported early progress under the Johor-Singapore Special Economic Zone, highlighting growing investment interest, family office incentives and improved cross-border connectivity as the economic corridor advances its strategy to attract regional businesses and long-term investment.

Jollibee Group brands recognized as top three most valuable restaurant brands in Brand Finance...

Jollibee Group brands Jollibee, Mang Inasal, and Chowking were recognized in the Brand Finance Philippines 50 2026 report as the country's top three most valuable restaurant brands, with Jollibee leading the restaurant sector and accounting for around 80% of total restaurant brand value.

Cigna Healthcare Hong Kong enhances VHIS Flexi Plan (Superior) with expanded regional medical coverage...

Cigna Healthcare Hong Kong today announced enhancements to its Cigna VHIS Series – Flexi Plan (Superior), strengthening its medical insurance offering to help customers better manage rising healthcare costs and access quality health care locally, regionally and overseas.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings