the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Agong: Kembara Kenali Borneo tonjol kemuliaan peribadi sebenar individu

KUALA LUMPUR: Kembara Kenali Borneo membuatkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menginsafi hakikat bahawa kemuliaan peribadi seseorang bukan diukur daripada harta, wang ringgit, pangkat mahupun darjat.

Menerusi Titah Diraja pada Majlis Jamuan Negara sempena tamat pemerintahan baginda selaku Yang di-Pertuan Agong ke-16, Seri Paduka bertitah kemuliaan diri diukur daripada kehidupan serba sederhana namun penuh dengan keikhlasan hati untuk hidup dalam sebuah masyarakat yang teguh bersatu padu.

“Kembara Kenali Borneo juga memberi iktibar kepada beta dan beta harap seluruh pemimpin negara sentiasa ikhlas mendekati rakyat jelata dengan membina jambatan perpaduan yang merentasi segala bentuk perbezaan dan rintangan,” titah Al-Sultan Abdullah di sini malam semalam.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, serta Jemaah Menteri turut hadir pada majlis itu.

Tempoh pemerintahan selama lima tahun Al-Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong akan tamat pada 30 Jan ini.

Baginda juga bertitah raja mahupun pemimpin adalah tempat rakyat menumpang teduh, berpegang untuk berdiri teguh dan kerana itu, sepanjang lima tahun pemerintahan Seri Paduka sering menyantuni, mendengar keluh resah mereka serta menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.

Al-Sultan Abdullah bertitah melalui pengembaraan di Borneo dan seluruh pelosok negara, didapati tertanam dalam sanubari setiap rakyat Malaysia semangat perpaduan yang tinggi dan harapan agar mereka tidak dipinggirkan serta dijadikan taruhan demi menjayakan agenda tertentu.

Menganggap Kembara Kenali Borneo yang bermula di Tawau, Sabah hingga ke Telok Melano, Sarawak dari 3 hingga 13 Sept 2023 umpama mimpi indah yang tidak mungkin dapat dilupakan, baginda menzahirkan terima kasih kepada rakyat di kedua-dua negeri atas sambutan yang diberikan.

“Niat beta hanyalah untuk mengembara dari Sabah hingga ke Sarawak sambil menikmati keindahan alam serta bertemu rakyat jelata daripada pelbagai etnik dan kebudayaan.

“Tidak terlintas di fikiran untuk menerima sambutan yang begitu hebat. Ribuan rakyat jelata daripada pelbagai bangsa, agama dan suku kaum keluar memenuhi sepanjang jalan raya yang menjadi laluan beta tanpa mengira siang atau malam, panas mahupun hujan semata-mata untuk menyambut kehadiran beta sekeluarga,” titah Al-Sultan Abdullah.

Seri Paduka juga bertitah sehingga hari ini, baginda dan Tunku Azizah masih lagi dibuai dengan pengalaman indah yang sukar digambarkan dan ada kalanya akan menonton semula semua video serta gambar dirakam sepanjang 11 hari kembara.

Yang di-Pertuan Agong turut berkenan membacakan dua pantun istimewa sebagai menghargai kenangan dicipta sepanjang mengharungi perjalanan sejauh 2,332 kilometer menelusuri Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak dan Brunei.

Pantun Al-Sultan Abdullah berbunyi :

Kapal belayar patah kemudi,

Ambil pelepah bawa berenang,

Orang Borneo peramah dan berbudi,

Hingga kini saya sekeluarga masih terkenang.

Tinggi merimbun pohon kelapa,

Tempat berteduh seisi keluarga,

Kembara Kenali Borneo payah dilupa,

Beribu tahun dikenang juga. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings