the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Banjir: Malaysia catat kerugian RM0.8b tahun lepas

PUTRAJAYA: Jumlah kerugian keseluruhan akibat banjir di Malaysia pada tahun lepas ialah RM0.8 bilion, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata jumlah kerugian itu bersamaan dengan 0.04 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar nominal.

Dalam kenyataan bersempena dengan laporan khas impak banjir di Malaysia 2023 yang dikeluarkan DOSM hari ini, beliau berkata kajian berkenaan bertujuan menilai jumlah kerugian dan kerosakan akibat banjir yang melanda negara pada tahun lepas.

“Kerugian ini meliputi nilai kerosakan tempat kediaman, kenderaan, premis perniagaan dan perindustrian. Bagi jumlah kerosakan industri pertanian dan aset awam dan infrastruktur, data daripada agensi-agensi kerajaan yang berkaitan digunakan,” katanya.

Mohd Uzir berkata tempat kediaman mengalami kerugian sebanyak RM168.3 juta pada 2023 berbanding RM157.4 juta pada 2022, manakala kerugian kenderaan ialah RM22.3 juta (2022: RM18.8 juta), pembuatan RM10.3 juta (2022: RM8.7 juta).

Bagi premis perniagaan, jumlah kerugian dicatatkan RM53.2 juta (2022: RM50.3 juta), pertanian RM120.6 juta (2022: RM154.5 juta) serta aset awam dan infrastruktur RM380.7 juta (2022: RM636.8 juta).

Beliau berkata dari segi tempat kediaman, Johor mencatatkan kerugian tertinggi berjumlah RM121.9 juta, diikuti Kelantan RM15.4 juta dan Sabah RM11 juta.

Bagi Johor, daerah yang merekodkan kerugian tertinggi ialah Batu Pahat iaitu RM89.2 juta, diikuti Segamat (RM18.3 juta) dan Muar (RM7.1 juta).

Mohd Uzir berkata tiga negeri yang melaporkan kerugian paling tinggi dari segi kenderaan ialah Johor sebanyak RM15.9 juta, Selangor (RM1.8 juta) dan Sabah (RM1.6 juta). -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings