• 2025-09-09 10:56 AM

IPOH: Sebanyak 25 awak-awak berjaya diselamatkan selepas bot yang dinaiki mereka terbakar kira-kira 3.5 batu nautika dari Pelantar Alep di perairan Pantai Remis.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.06 malam mengenai insiden tersebut.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Shazlean Mohd Hanafiah mengesahkan bot pukat jerut jenis kelas C musnah terbakar sebanyak 80 peratus.

Semua awak-awak berjaya diselamatkan oleh bot nelayan yang berada berdekatan setelah mereka terjun ke laut.

Mangsa kemudian dibawa ke Pelantar Alep untuk mendapatkan bantuan lanjut.

Bot terbabit mempunyai kapasiti diesel sebanyak 10,000 liter dan bersedia untuk dikaramkan.

Pemilik bot meminta agar bangkai bot ditunda ke tengah laut menggunakan bot nelayan berdekatan.

Operasi pemadaman diteruskan atas permintaan pemilik yang memerlukan bangkai bot tersebut.

Anggota bomba melakukan pemadaman menggunakan dua aliran 200 kaki dengan pancutan bersumberkan air terbuka dan pam angkut.

Api berjaya dipadamkan sepenuhnya selepas operasi dijalankan. – Bernama