ISTANBUL: Tiga pegawai kanan perisikan Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) terbunuh dalam serangan udara Israel di tengah-tengah ketegangan yang semakin memuncak, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik agensi berita Iran, Tasnim pada Ahad malam.
Dalam satu kenyataan, IRGC mengenal pasti pegawai yang terkorban itu sebagai Ketua Pertubuhan Perisikan IRGC Jeneral Mohammad Kazemi; Timbalan Ketua Perisikan IRGC Jeneral Hassan Mohaqeq dan seorang pegawai kanan perisikan Jeneral Mohsen Bagheri.
Israel melancarkan serangan udara terancang ke atas beberapa lokasi di Iran, termasuk kemudahan ketenteraan dan nuklear pada Jumaat lepas yang mendorong Tehran melancarkan serangan balas. Serangan dan serangan balas itu berterusan sehingga kini.