the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 1, 2025
24.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

30% peserta PLKN tidak hadir, masalah kesihatan antara sebab utama

KOTA TINGGI: Kira-kira 30 peratus peserta daripada dua siri Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dilaporkan gagal menghadiri latihan atas pelbagai alasan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata antara alasan utama yang diberikan adalah masalah kesihatan dan melanjutkan pengajian ke universiti.

“Setakat ini, bagi setiap siri sebelum ini untuk PLKN 3.0 kita dapati sekitar 10 hingga 15 peratus peserta tidak hadir. Kebanyakannya ada alasan tersendiri seperti sakit atau baru dapat tawaran universiti,“ katanya.

Mohamed Khaled berkata demikian selepas menghadiri Majlis Perasmian Kembara Lestari Kota Tinggi bersama Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) di Felda Lok Heng Barat.

Beliau menegaskan bahawa PLKN 3.0 masih dalam fasa percubaan dan pelaksanaan sepenuhnya hanya akan bermula tahun hadapan. Program yang mengekalkan tempoh latihan selama 45 hari itu juga menerima maklum balas positif daripada peserta, khususnya terhadap elemen latihan ketenteraan.

“Peserta daripada dua siri terdahulu memberikan maklum balas yang baik dan meminta supaya pengisian latihan ketenteraan dipertingkatkan,“ jelasnya.

PLKN 3.0 Siri 1/2025 diadakan di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur selama 45 hari bermula 12 Januari hingga 25 Februari.

Siri 2/2025 pula bermula pada 11 Mei hingga 24 Jun lepas, manakala Siri 3 akan dilaksanakan pada 7 September hingga 21 Oktober 2025 di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah dan Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang.

Related

spot_img

Latest

BMW Prepares to Bid Farewell to the Z4 With a Final Edition

BMW is closing the chapter on one of its most recognisable modern roadsters with the introduction of the Z4 Final Edition. This limited-run version marks the last opportunity for customers to order a new Z4 before production ends in March 2026. Since its debut in 2002, the Z4 has built a strong following through its mix of distinctive styling, open-top driving and sharp handling. The Final Edition is designed as a closing tribute to the model, offering exclusive exterior and interior details that set it apart from the standard range.The Final Edition will be available for order only for a short period beginning in late January 2026, giving interested buyers a narrow window to secure one of the last examples.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories