• 2025-07-18 02:23 PM

JOHOR BAHRU: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan melawat Taman Botani Diraja Johor yang terletak dalam kawasan Istana Besar Johor, di sini hari ini.

Perkara itu dikongsikan menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Taman Botani Diraja Johor berfungsi sebagai sebuah galeri botani kerana fungsinya yang menyimpan pelbagai koleksi tumbuhan tertentu terdapat di dalam atau luar negeri itu.

Kerajaan Negeri Johor menyasarkan taman ini sebagai lokasi wajib singgah sempena Tahun Melawat Johor 2026.

Menurut hantaran itu, Sultan Ibrahim turut berkenan berjalan kaki sejauh 3.2 kilometer meninjau persekitaraan Istana Besar Johor bersama Menteri Besar Datuk Seri Onn Hafiz Ghazi dan diiringi Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Tan Sri Dr Azmi Rohani - BERNAMA