Your Title

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan meluangkan masa menikmati santapan minum petang bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara.

Seri Paduka Baginda terdahulu berkenan menerima menghadap Anwar di Istana Negara hari ini.

Menurut hantaran di Facebook rasmi, Seri Paduka Baginda kemudiannya memandu sendiri, dari Istana Negara bersama perdana menteri, ke Restoran Paul di Pavilion Kuala Lumpur.

Sebelum berangkat pulang, Seri Paduka Baginda bersama Anwar juga meluangkan masa menyaksikan persembahan tarian singa.–Bernama