the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 28, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Aidiladha: JPV Pulau Pinang keluar 1,056 permit sembelihan luar tahun ini

GEORGE TOWN: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang mengeluarkan 1,056 Permit Sembelihan Luar (PSL) sempena sambutan Aidiladha tahun ini.

Pengarahnya Dr Saira Banu Mohamed Rejab berkata permohonan PSL itu telah dibuka bermula 21 Mei hingga semalam sempena perayaan dan ibadah korban esok.

“PSL itu melibatkan jumlah keseluruhan haiwan yang akan dikorbankan iaitu 3,363 ekor lembu, 19 ekor (kerbau), 777 ekor (kambing), 56 ekor bebiri dan lima ekor unta di lima daerah di Pulau Pinang,“ katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata kebenaran itu diberikan di bawah Kaedah-Kaedah Binatang (Kawalan Penyembelihan) 2009.

“JPV Pulau Pinang mengingatkan semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan ibadah korban agar sentiasa mematuhi segala peruntukan undang-undang tersebut,” katanya.

Saira Banu berkata antara perkara penting perlu dipatuhi ialah semua penyembelihan luar mesti mendapat permit sah daripada JPV negeri, proses penyembelihan dilakukan di kawasan bersih, mempunyai kemudahan saliran atau perparitan yang baik dan tidak mengganggu ketenteraman awam.

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha, esok.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings