the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Aidiladha: Lebih 2 juta kenderaan dijangka masuk Kelantan

KOTA BHARU: Lebih dua juta kenderaan dijangka memasuki Kelantan menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha yang bakal diraikan umat Islam pada Sabtu ini, susulan kepulangan perantau ke kampung halaman.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata peningkatan trafik itu dijangka lebih tinggi berbanding musim perayaan Aidilfitri lalu, terutama membabitkan anak Kelantan yang pulang untuk bersama keluarga dan melaksanakan ibadah korban.

“Polis akan memberi tumpuan kawalan lalu lintas di lokasi utama termasuk jalan persekutuan, kawasan sempadan serta pusat bandar bagi memastikan kelancaran pergerakan kenderaan sepanjang musim perayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Town Hall Discussion Ketua Polis Kelantan Tahun 2025 bertajuk ‘Cakna Remaja: Elak Gejala Sosial, Bina Masa Depan’ di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), hari ini.

Antara laluan yang kerap mencatatkan kadar kemalangan tinggi ialah Jalan Pasir Mas–Rantau Panjang, Jalan Kota Bharu–Kuala Krai serta Jalan Gua Musang–Jeli.

Polis turut mengenal pasti 41 lokasi ‘hotspot’ yang sering berlaku kesesakan lalu lintas serius dan rondaan akan dipertingkatkan di kawasan berkenaan sepanjang cuti perayaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings