the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
29.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Aksi payung terjun komando tarikan utama Program MADANI Rakyat Kedah

BALING: Demonstrasi payung terjun yang mendebarkan oleh pasukan VAT 69 Komando Ulu Kinta mencuri perhatian ramai dalam persembahan khas sempena Program MADANI Rakyat (PMR) Kedah.

Pertunjukan yang menampilkan keberanian dan ketangkasan anggota elit itu bukan sahaja menguji kecekapan kawalan di udara malah memperlihatkan disiplin tinggi pasukan berkenaan.

Aksi lompatan dari udara pada ketinggian 5,000 kaki diiringi kawalan formasi yang kemas menerima sorakan gemuruh penonton sekali gus menzahirkan kebanggaan terhadap pasukan keselamatan negara.

Pengunjung Baharom Teh, 64, berkata dia datang dari Kampung Tualang, Sik untuk menyaksikan demonstrasi oleh anggota VAT 69 yang turut membabitkan anak lelakinya.

“Pakcik memang selalu tak lepaskan peluang untuk lihat aksi anak pakcik buat terjunan… memang betul-betul seronok dapat tengok aksi dia dan semua rakan dia di udara,“ katanya.

Salmah Dollah, 60, juga dari Sik pula berkata dia membawa cucunya Muhammad Adam Amsyar Fakrul Razi, 6, untuk melihat persembahan itu kerana ia jarang dapat disaksikan secara umum.

“Cucu makcik nak sangat mai tengok payung terjun, jadi kami bawalah… bukan main seronok dia dapat tengok orang terjun hari ni,“ katanya.

Komander Troop 9 Skuadron Charlie VAT 69 Ulu Kinta Inspektor Khairil Azhar Kamaruddin berkata enam penerjun khas dibawa untuk memeriahkan sambutan PMR kali ini.

Beliau berkata pertunjukan itu bukan sahaja memperlihatkan kemahiran teknikal tetapi juga keberanian dan ketepatan anggota 69 Komando dalam melakukan penerjunan serta mendarat di sasaran yang ditetapkan.

“Orang ramai masih berpeluang untuk menyaksikan demonstrasi ini di Kompleks Sukan Majlis Daerah Baling pagi esok,“ katanya sambil menambah para penerjun juga akan memegang bendera semasa melakukan aksi itu. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

KBS assessing possibility of Malaysia hosting F1 race

KBS is actively holding discussions and conducting assessments on the possibility of hosting a Formula 1 (F1) race at the Sepang International Circuit (SIC) to replace the Bahrain Grand Prix (GP) this October.

Novum Studio Secures New Funding to Launch Ahoy Project, an AI-Native Enterprise Transformation Platform,...

NEW YORK, USA - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - Novum Studio, the company behind Frog - a Gen Z social app often described as a "new-generation Snapchat" - said it has raised a new round of funding and will use the proceeds to launch Ahoy Project, an AI-native enterprise communication and collaboration platform, with internal testing scheduled for July 2026.

Shorter Trips, More Meaningful Experiences: OZO Taps into the Rise of Micro-trips Across Asia-Pacific

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - As travellers across Asia-Pacific increasingly look for greater flexibility and balance in the way they travel, shorter and more frequent getaways are becoming a popular alternative to waiting for one long annual holiday.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings