KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan bergerak perlahan susulan orang ramai mula pulang ke destinasi masing-masing selepas cuti perayaan Tahun Baharu Cina, setakat 1 tengah hari tadi.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik perlahan arah selatan dari Gopeng ke Tapah dan dari Kuala Kangsar ke Terowong Meru, Perak.

Peningkatan trafik turut berlaku di arah utara dari Ayer Keroh ke Simpang Ampat, Melaka, katanya.

Menurut LLM, trafik juga dilaporkan perlahan dari Bentong Timur ke Bukit Tinggi hingga Genting Sempah, Pahang sebelum memasuki Plaza Tol Gombak.

”Aliran trafik juga sesak di kedua-dua arah Plaza Tol Gombak,” katanya. - Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image