KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan tiga negeri iaitu Johor hingga Jumaat manakala Sarawak dan Sabah hingga Ahad ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan kawasan dijangka terjejas di Johor adalah daerah Mersing dan Kota Tinggi hingga 20 Dis.

Di Sarawak, hujan berterusan hingga 22 Dis ini melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) manakala di Sabah melibatkan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan).

MetMalaysia mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berjaga-jaga dan mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang risiko akibat hujan lebat.